MUSINGS

ACCEPT THE IRONY THAT LIFE IS UNFAIR, BUT GOOD


Thursday, February 18, 2010

Kes Curi Tulang

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di tampal di dinding tentang penjawat awam curi tulang. Sekurang-kurangnya 70% masa kerja sehari digunakan untuk tujuan selain dari kerja rasmi. Kerja rasmi dilengah-lengahkan sehingga kesuntukan masa dan orang lain terpaksa mencampuri hal dan memberi bantuan. Apakah justifikasi golongan yang suka curi tulang ini terhadap perbuatan mereka? Ada kalanya saya sendiri merasakan termasuk dalam golongan ini. Sekiranya rakan-rakan membaca blog saya, sudah pasti dapat meneka saya menulis semasa waktu bekerja rasmi.
Apabila seketika dahulu laman Facebook disekat oleh administrator, satu kekecohan besar telah berlaku di pejabat. Berbagai alasan diberi untuk mendapatkan kembali akses kepada laman FB. Antara alasan yang diberi; FB antara perantara terbaik untuk menyampai maklumat terkini kepada rakan sejawat. Walau apa alasannya, tidak dinafikan alasan yang tidak diperkatakan adalah alasan yang paling kuat- FB untuk tujuan peribadi. Tetapi pihak atasan telah menerimapakai alasan yang diberi dan kini kami dapat kembali menikmati 'networking' melalui FB. Terus terang saya akui, hanya 1% sahaja FB digunakan untuk menyampaikan maklumat terkini.
Balik kepada isu asal iaitu curi tulang. Saya usulkan disini kepada sesiapa yang membaca, sekiranya kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita disiapkan dalm tempoh yang diberikan, dengan baik dan cermat; apakah kita dikatakan curi tulang jikalau kita berFB dan ber'blog' pada masa lain di pejabat? Atau semasa kita menjalankan tugas rasmi, kita juga mempunyai kesempatan untuk melakukan perkara-perkara diatas, kita dikategorikan sebagai curi tulang? Apakah gaji yang kita dapat dihujung bulan itu halal? Justifikasinya ialah, kerja yang ditugaskan selesai dengan sempurna dan tidak tergesa-gesa, dilakukan dengan 'research' dan 'thought process' ditahap tinggi.

1 comment:

SiZ said...

FB is back?....alamak 'blogging' masa kerja macam terkena jer...hihihihi..hi kak han! i am back at work!